Sabtu, 31 Oktober 2015

RESEPI KEK COKLAT CHEESE




INI DIA RESEPI KEK COKLAT CHEESE


TERIMA KASIH RESEPI RINGKAS TAPI SEDAP UNTUK RESEPI INI.

[Bahan yang mudah dicari]

.

Bahan-bahan Kek Coklat:

+ 1 cawan gula
+ 1 cawan serbuk koko 
+ 1 cawan susu pekat
+ 1 cawan susu cair 
+ 1 cawan minyak masak 
+ 3/4 cawan tepung (diayak)
+ satu sudu kecil soda bikarbonat 
+ satu sudu kecil baking powder 
+ 4 biji telur gred B (blend je senang)

.

Cara membuatnya:

1> Campurkan gula, serbuk koko, susu pekat, susu cair dan minyak jagung dalam periuk yang kecil di atas api yang sederhana. Kacau sampai berkilat dan semua bahan sebati.
2> Telur korang blend je semua
3> Bila dah berkilat korang curah dalam mixer untuk campuran tadi
4> Masukkan soda bikarbonat dan baking powder
5> Masukkan telur dan tepung secara berselang seli
6> Bila dah sebati semua boleh la bahagikan kepada 2 bahagian

.

Bahan-bahan Cheese Kek:

+ Satu buku cream cheese (ala yang macam buku sabu basuh tu). Nak guna philadelphia pun boleh. 
+ 1 cawan gula kastor (blend je gula biasa)
+ 1 biji telur
+ 1 sudu besar tepung
+ 1 sudu besar air 

.

Cara membuatnya: 

1> Sementara tu boleh la korang panaskan pengukus dahulu. 
2> Basuh mixer tadi untuk buat cheese kek pulak
3> Cream cheese boleh keluarkan sejam awal dari peti sejuk
4> Masukkan cream cheese dalam mixer dan kacau
5> Tambahkan gula kastor dan kacau lagi
6> Masukkan telur, tepung dan air satu sudu.
7> Kacau sehingga sebati.

.

Cara untuk mengukus coklat cheese kek:

1> Tadi kan dah panaskan pengukus lebih awal
2> Jangan lupa balut penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis
> Bekas untuk dikukus disapu dengan sedikit marjerin
3> Kek coklat tadi dibahagi dua. Masukkan bahagian yang pertama dan kukus lebih kurang 15 minit. 
4> Bila dah sedikit keras boleh masukkan cheese kek tadi dalam masa 15 minit.
5> Last sekali bila cheese dah masak sikit boleh masukkan bahagian kedua kek coklat.
6> Kukus sampai masak. Nak tau masak ke tak boleh cucuk dengan garfu dan kalau berminyak still tak masak lagi.
7> Dah masak biarkan seketika dalam pengukus
8> Keluarkan dan sejukkan di luar. Lepas tu bila dah sejuk masuk dalam peti sejuk
9> Last sekali makan.

Selasa, 27 Oktober 2015

Muhasabah Diri

NUKILAN INI SAYA SHARE DARI FACEBOOK .

Muhasabah Diri.

Tazkirah
"Ouch!"

Kakiku terpijak kaca.

Perlahan-lahan cuba buang serpihan kaca di tapak kaki.
Kecil saja. Tapi berdarah juga.

Aku terhincut-hincut ke ruang tamu.

"Kau okay ke?" Kawan tanya. Ambil berat betul.

"Entah. Kaca tu tak belajar sekolah agama kot. Duk tengah-tengah jalan sampai dipijak aku yang sangat hensem ini."

Aku menjawab malas sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Aku teringat satu kisah benar yang diceritakan padaku oleh pelajar USIM. Dia ceritakan mengenai kawannya yang satu universiti dengannya.

Kau nak dengar?"

Aku mengangguk sambil membulatkan mata macam Heliza Helmi.

"Suatu hari, pelajar perempuan ni memandu keretanya merentasi lebuhraya. Siang hari.

Entah macam mana, tengah-tengah drive tu tiba-tiba berlaku sesuatu. Hilang kawalan.

Kemalangan. Keretanya berpusing-pusing terbalik atas jalan. Remuk hancur keretanya.

Kenderaan-kenderaan lain memberhentikan kereta. Dari luaran, memang dah tak ada harapan dengan keadaan kereta yang sebegitu dahsyat. Sangka orang ramai yang lalu-lalang di situ, pemandu pasti dah meninggal dunia tersepit.

Tiba-tiba, kelihatan seorang gadis keluar dari kereta. Terhuyung-hayang. Masya-Allah, tiada sebarang kecederaan langsung!

Kereta barai, tuan tidak apa-apa. Lantas kawannya yang lalu di tempat kejadian memberhentikan kereta dan menolong beliau."

Kawanku mengusap-usap janggut helai jagungnya berkali-kali sambil menyambung,

"Dalam perjalanan, kawannya bertanya si gadis sebenarnya apa yang terjadi. Si gadis tu pun blur. Ingat-ingat lupa. Semua berlaku sekelip mata. Si gadis adalah seorang hafizah yang hafal 30 juz al-Quran.

Pada pagi kejadian, dia kata dia terlewat bangun untuk solat Subuh. Tapi, dia qadha (ganti) solat tu walaupun terbangun agak lewat.

Mungkin kerana terlewat itulah, Allah uji dengan kejadian sebegini. Menurutnya, ini bukan kali pertama berlaku kejadian-kejadian sedemikian. Bila dia buat sedikit kesilapan, Allah terus berikan musibah dan ujian sebagai kaffarah dosa.

Bila Allah sayang seseorang hamba-Nya, Dia akan jaga orang itu, Dia akan duga, Dia akan cuba sisihkan dosa-dosa hamba-Nya itu sehinggalah hamba itu bersih dari dosa. Sebab apa?

Sebab Allah nak masukkan dia dalam Syurga juga macam mana pun." ..

Aku bersila berlaga lutut dengan lutut kawanku. Tatap muka kawanku penuh perhatian dengar cerita.

"Pengajaran dari cerita ini. Kau terpijak kaca, pasti sebab Allah suruh kau ingat kembali pada Dia.

Pasti ada saat kau terlupakan Dia.

Sekarang, setelah dengar cerita aku, kau mulai ingat tak pada-Nya?"

Aku tunduk tengok kain pelekat kawanku.

"Aku solat Asar pukul 6.59 petang tadi. Aku sengaja lewatkan sebab aku nak tengok facebook aku. Aku suka tengok orang likes."

Kawanku menepuk-nepuk bahuku.

"Jangan ulang lagi. Jangan sampai Allah enggan beri hidayah lagi. Bila Allah tak nak peduli kau lagi, hati yang gelap tu takkan mampu bercahaya lagi. Itulah ibu segala bala. Bila di dunia Allah tak simpati, di akhirat Allah pandang muka kau pun tak sudi. Apatah lagi Syurga nak Dia beri." ..

Aku tunduk mengalah.


Malu semalu. Malunya ..

Jumaat, 5 Jun 2015

Bahagiakanlah kedua orang tua kita

Pernah tak, ada dalam situasi ni??

SITUASI PERTAMA 

Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar..

SITUASI KEDUA

Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri..

SITUASI KETIGA

Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu..

SITUASI KEEMPAT

Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja...

SITUASI KELIMA 

Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan..


SITUASI KEENAM

 Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit blanja..

Tak payah cakap bab memberi nanti sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah.Itu saya dulu waktu seronok , waktu senang insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita then rai kan bersama tapi bila waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah. Cuba renungkan kembali .

Mak ayah kita tak pernah berfikir 2kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda waktu itu tak pernah sebut dan bagi alasan semuanya ditelan kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit , Panjang berjela penerangan kita untuk itu ini.

Persoalannya BILA???? Kita nak mampu beri balik..bukan soal wang..sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit...ingat, setiap kali alasan yang kita beri..umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "mampu"...dan bagi mereka yang sudah tiada mak ayah..ia bukan alasan untuk kita berenti memberi pada mereka..

»renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri "sendiri" dan mereka yang saya sayang...(masih banyak yang harus diperbetulkan..janji untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka)